The Dark Found Me
close-btn Mail Logo

Please enter email address

To SignUp or Login to this page

The Dark Found Me

Tajuk pelik, tapi tulah dia tajuk yang save dekat draft. Enjoy.

We presented you,

The Dark Found Me

Dunia kejam kerana tiada yang adil, hidup perit kerana tiada yang peduli.

Nama diberi Safiyyah binti Ariffin. Ya, nama yang cantik namun, hanya pada namanya sahaja. Hari dan hari yang dilalui olehnya, penuh dengan kegelapan. Kesedihan. Keperitan. Ketidakadilan. Keseorangan kerana tiada siapa yang peduli. Tiada siapa yang adil. Segala kesalahan dan kuburukan sentiasa diletakkan di atas bahunya walaupun ianya bukan salahnya. Hanya dia, dan lain bersenang hati melihat dirinya yang tertangisi, sehinggalah hatinya berubah haluan. 

Dia, berubah menjadi seseorang yang kejam dalam berkata-kata serta tidak pernah kenal erti menyesal. Dia memberontak dan melawan cakap ibu bapanya. Padanya, what you give, you get it back. Apa yang orang lain pernah buat pada dirinya dahulu, dia bangkit bagi membalasnya dengan menjadi sinis.

Sehinggalah suatu hari, hatinya terdetik untuk berubah. Namun, apa gunanya menjadi seorang yang baik namun derhaka pada ibu bapa? Mulut tidak pernah berhenti mencarut dan sentiasa tidak puas hati? Namun sekiranya dia menjadi jahat, menjadi seorang yang sentiasa menyakiti yang lain, dia takut, takut akan kehilangan yang Satu meskipun merasa diri terlalu hina dimata-Nya. 

Dia pernah menoreh tangannya dengan gunting, dia pernah menghentak kepalanya pada dinding sehingga berdarah. Malah, dia pernah mencuba terjun daripada bangunan sekolah dan membuat keputusan untuk menikam dirinya menggunakan pisau dapur namun, segalanya tiba-tiba terhenti dan dia bangun dari tidurnya. Ya, TIDUR.

Setiap kali jalan akhir hidupnya bertemu dengan pengakhiran untuk membunuh diri, setiap kali itu juga dia akan mengulangi hari yang sama berulang kali. Apakah jalan yang akan dipilihnya? Baik atau jahat? Terus hidup di dunia yang perit atau bunuh diri?

----------

ROSAEMARS™© COPYRIGHT 2019.