Kisah Kau dan Aku

Please enter email address

To SignUp or Login to this page

Kisah Kau dan Aku

Here's the sinopsis of the story. Tak tahu publish bila.

KISAH AKU DAN DIA

"Saya ingatkan selama ni saya yang bahagiakan awak, rupa-rupanya awak yang bahagiakan saya, Anissa."

Ini, kisah aku dan dia, si Cik Singa.

"Hidup ni macam basikal, Gibran. Untuk sentiasa seimbang, hidup mesti diteruskan. Saya reda dengan segalanya."
-Anissa Adra

Anissa Adra, wanita yang sentiasa berwajah lembut walaupun kadang-kala, garangnya seperti singa. Kekurangan yang ada pada Anissa Adra, membuatkan wanita itu kelihatan sempurna di mata Gibran Mikhael.

"Untuk mencintai adalah untuk memaafi. Saya maafkan awak, Cik Singa."
-Gibran Mikhael.

Meskipun banyak bebanan di belakang, Gibran tidak pernah terlepas untuk melawat Anissa di hospital. Nasihat Anissa, langsung tidak pernah bosan pada telinganya. Namun, dia juga tahu, langit tidak selalunya cerah. Dia tahu, wanita itu juga mempunyai kisahnya sendiri. 

"Mulut mungkin boleh menipu, tapi mata dan hati tak boleh menipu, Cik Nissa. Tell me, I'll listen."
-Gibran Mikhael.

Bagaimanakah kisah mereka akan tertulis?

---------------------

ROSAEMARS™©2019.

COMING SOON.